Mesti Cuba - Cara2 Buat Label

Alhamdulillah akhirnya pada pukul 10.58pm dapat jugak sedikit masa untuk buat tutorial cara buat label. Dah lama berjanji dengan followers tersayang. Ok Mukadimah tak boleh panjang2. Kena kejar masa..sebelum baby Safiya bintang hati dan nyawaku terbangun. kena lari laju2 seterik tu de point.

PERKARA2 YANG DIPERLUKAN
- Pastikan anda ada transfer paper / iron on paper (sila rujuk gambar). Biasanya kertas ni orang guna untuk buat printing pada t-shirt. Taukan..pernah tengokkan.. kertas ni boleh dibeli di kedai komputer. Ataupun kalau korang ada kenal mana2 kedai yang buat gambo2 kat t-shirt tu tryla pegi mintak sehelai dua kat diaorang. Mana tahu rezeki. Dapat kertas free. Harga kertas ni saya beli RM25.
● Kertas ni ada dua kategori. Untuk tulisan hitam atau tulisan yang berwarna cerah. (Nanti korang tanya kat kedai tu ye.)
- perkara kedua perlu ada ribbon atau saya biasa sebut reben..heheh.. reben ni tak payah gambarla ye. Semua pun tahukan. Yang jual gulung2 tu. Warna reben terpulang pada citarasa masing2.
- Perkara seterusnya adalah perkara yang nak di'print'kan. Contohnya macam yang saya dah buat tu. Untuk design soft copy ni perlulah ada sedikit kemahiran photoshop. Ataupun nak senang..kepada yang ada hp canggih tu bolehla download aplikasi Picsart dalam hp korang. Edit design kat situ je. Ataupun nak senang lagi mintakn je tolong kedai2 yang buat kad2 tu tolong designkan. (Act banyak lagi aplikasi lain selain picsart. Tapi saya dok guna yang ni. So yang ni jela saya dapat cadangkan ye.)

LANGKAH - LANGKAH
- Macam belajar memasak pulak. Mula2 resepi pastu langkah2. Ok Setelah lengkap semuanya, bolehla mulakan dengan me'merint'kan design ke atas transfer paper.
- selesai print, gunting transfer paper tu dan susun atas reben. Pastikan bahagian yang ada tulisan tu kat bawah ye.
- Dah siap susun..iron je. Pastikan iron betul2 panas. Kalau tidak nanti tulisan tu tak melekat kat reben.
- dah siap iron. Tunggu sejuk pastu tarik  lapisan kertas tu dan siap.
● Maaf kalau ada yang tak jelas. Koleksi gambar setiap step insyaallah saya upload bila free. Sekarang ni saya belanja yang ada dalam hp je dulu. Ok..selamat malam dan selamat mencuba..
Assalamualaikum..

Transfer paper

Label saya..:))
Buat sendiri jimat dan boleh suka2 hati je nak buat berapa keping atau nak tukar2 design. Cepat pulak tu.

2 comments: